Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang isteri mati dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini semalam.

Dalam kejadian tersebut, selepas suspek  yang berusia 30-an mengelar leher isterinya juga berusia 30-an cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar malam tadi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.

Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.

Suspek kemudian berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak esok pagi untuk mendapatkan permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast