KUALA LUMPUR – Oasis Harvest Corp Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Dolphin International Bhd. mengambil alih Metta Food & Lifestyle Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran di bawah jenama De.Wan 1958 oleh Chef Wan pada harga RM30.8 juta tunai.
Dalam makluman kepada bursa, Oasis Harvest memberitahu ia telah menandatangani enam perjanjian bersyarat penjualan saham secara berasingan bagi pengambilalihan tersebut, termasuk dengan Globaltec Formation Bhd yang memegang 45 peratus kepentingan dalam Metta.
Untuk rekod, restoran dan kafe Metta diasaskan dan diterajui oleh chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Metta, Andre Shum Khum Yuin.
Baki saham Metta dimiliki lima pemegang saham individu iaitu Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Oasis Datuk Seri Tan Ooi Han (13.75 peratus), Shum (13.75 peratus), Datuk Seri Wong Kok Chor (13.75 peratus), David Liew Poh Sun (6.88 peratus), dan Tan Tung Nguan (6.88 peratus).
Pengambilalihan itu disertakan dengan jaminan keuntungan minimum terkumpul sebanyak RM5.6 juta untuk tempoh dua tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025 dan 2026 oleh Tan dan Shum.
Oasis yang mempunyai modal pasaran hanya RM25 juta berdasarkan harga dagangan terakhir pada Selasa sebanyak 17 sen sesaham pada Selasa, menambah, ia merancang untuk membiayai pengambilalihan itu sebahagiannya menerusi hasil pelupusan tanah perindustrian yang bernilai RM6 juta.
Ia juga merancang untuk melakukan pinjaman bank berjumlah RM24.80 juta. Pinjaman ini dijangka meningkatkan nisbah hutang kumpulan daripada 0.22 kepada 0.96.
Dalam kenyataan terbaharunya, Pengarah Eksekutif Oasis Harvest, CH’ng Eu Vern berkata, pengambilalihan itu sejajar dengan misi strategik starikat untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman; pelancongan; santai; dan hospitaliti.
“Jenama Chef Wan yang terkenal ini bakal melengkapi dan meluaskan portfolio sedia ada kami,” katanya lagi.
Selain itu, Oasis Harvest menjangkakan pengambilalihan tersebut selesai menjelang suku keempat tahun ini,” katanya.
Selepas pengambilalihan itu, Oasis Harvest menjangkakan pendapatan sesaham pro forma meningkat kepada 0.77 sen daripada 0.04 sen, berdasarkan jaminan keuntungan tersebut. -MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















Laaaa semua bukan Islam…ingatkan restoran org Islam