SANAA – Yemen mampu melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran strategik kawasan Palestin yang diceroboh Israel pada sebarang sama dan keadaan.
Pegawai Kumpulan Houthi, Mohammad Nasser al-Atifi berkata, keupayaan pertahanan dan serangan Yemen terus maju dengan jarak yang lebih jauh, sasaran lebih tepat serta impak yang lebih besar.
Katanya, kumpulan tersebut kekal aktif dan menyokong secara efektif menyokong Palestin dan Gaza yang melancarkan perang untuk mempertahankan dunia Islam dan menentang pencerobohan Israel.
Al-Atifi berkata, Yemen juga berjaya menyekat pencerobohan yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) dengan memberi tentangan kepada kapal pengangkut pesawat dan angkatan kapal negara itu di perairan rantau ini.
Beliau mengisytiharkan era peperangan baharu telah bermula, menandakan penggunaan peluru berpandu hipersonik dan sistem peperangan udara tanpa membabitkan manusia.
Terdahulu, tentera Israel mengesahkan terdapat pelancaran peluru berpandu balistik dari Yemen yang menyasarkan wilayah dicerobohinya, mencetuskan keadaan cemas di tengah dan selatan Palestin, termasuk kawasan al-Qud dan penempatan haram di Tebing Barat.
Menurut tentera Israel, siren dibunyikan di beberapa lokasi ketika sistem pertahanan cuba memintas peluru berpandu itu dengan mendakwa ia berjaya dipintas yang mana menandakan operasi terbaharu serangan jarak jauh Yemen.
Sejak tentera penceroboh menyerang semula Gaza pada 18 Mac lalu, Kumpulan Houthi meningkatkan sokongan kepada Palestin dengan melancarkan 44 peluru berpandu balistik dan sekurang-kurangnya 10 dron ke atas wilayah yang dicerobohi itu.
Ketika banyak peluru berpandu gagal sampai ke sasaran, pelancaran peluru berpandu secara berterusan mendedahkan kelemahan keselamatan Israel.
Pada Isnin lalu, Kumpulan Houthi melancaran serangan peluru berpandu balistik ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv sebagai tindak balas pencerobohan secara berterusan dilakukan Israel di Gaza dan pencerobohan Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap Kumpulan Houthi, Yahya Saree berkata, operasi membabitkan peluru berpandu balistik Zulfiqar itu berjaya menemui sasarannya dengan tepat, menyebabkan empat juta Yahudi mencari tempat berlindung selain ia mengganggu trafik udara di lapangan terbang itu. – Agensi
















