ICQS Rantau Panjang. foto FB Rantau Panjang Post

KUALA LUMPUR – Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan dijangka menerima peningkatan jumlah pelawat dari dalam dan luar negara, khususnya dari Thailand sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sehubungan itu, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan menambah kaunter pemeriksaan dokumen dilaksanakan bagi mempercepatkan urusan keluar masuk pelawat serta memastikan keselesaan pengguna, kata Komander AKPS, Siti Khadijah Hamzah.

Pada masa sama, AKPS, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan pemantauan rapi bagi menjamin keselamatan awam dan mencegah sebarang aktiviti penyeludupan atau jenayah rentas sempadan.

“Kerjasama erat bersama pihak berkuasa Thailand turut dipertingkat bagi memastikan penyelarasan sempadan berjalan lancar sempena musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut meminta orang ramai merancang perjalanan lebih awal, mematuhi semua peraturan dan membawa dokumen sah seperti pasport atau dokumen perjalanan yang diperlukan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast