Sumber : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA, Kuantan

KUANTAN – Pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali seorang lelaki warga emas bernama Mokhtar Ilyas berusia 65 tahun untuk tampil ke hospital.

Menurut hebahan media dikeluarkan pihak HTAA, pihaknya sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada pesakitnya itu yang beralamat terakhir di Taman Tas.

Difahamkan, Mokhtar Ilyas disahkan meninggal dunia pada 30 Mei lepas di hospital itu dan jenazahnya masih belum dituntut waris atau mana-mana ahli keluarga sehingga kini.

Justeru, pihak HTAA menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai allahyarham Mokhtar atau ahli keluarganya untuk menghubungi hospital di talian 09-5572046 / 09-5572285. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast