KUALA LUMPUR – Lebuhraya Sungai Besi, Besraya (M) Sdn Bhd sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual (kerja turapan dan penanda jalan) di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi bermula dari 3 Jun 2025 sehingga 30 November 2025.

Semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, penutupan lorong akan dilaksanakan secara berperingkat di antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3, yang melibatkan kedua-dua arah lebuh raya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan pada sebelah malam sahaja iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

Besraya juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik
di sepanjang lebuh raya.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast