Kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai selain pihak berkuasa turut berkumpul di lokasi bagi membantu dalam usaha mencari dan menyelamat.

MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan sesat di dalam hutan ketika keluar mencari lembu yang hilang, di kawasan Kampung Permatang Pasir, di sini malam tadi.

Difahamkan, remaja terbabit keluar mencari haiwan ternakan itu kira-kira pukul 7 petang semalam di kawasan hutan berkenaan yang turut terdapat dua buah kolam terbiar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Akhbar Abdol Karim disambung sejak pukul 7 pagi ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes pada pukul 11.54 malam dan sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang (BBP) Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba enam minit kemudian.

“Operasi pencarian dilakukan di sekitar kawasan kandang lembu yang turut dibantu anggota polis dan orang awam sehingga pukul 1.35 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohd Hafidzatullah, operasi pencarian disambung jam 7 pagi ini.

Sementara itu, kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai selain pihak berkuasa turut berkumpul di lokasi bagi membantu dalam usaha mencari dan menyelamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast