WSHINGTON – Donald Trump telah menggantung selama enam bulan awal kemasukan pelajar asing yang berhasrat untuk meneruskan pengajian atau menyertai program pertukaran di Universiti Harvard.
Presiden itu mengeluarkan pengisytiharan itu pada hari Rabu, memetik kebimbangan “keselamatan negara” dan mengisytiharkan ia “memudaratkan” kepentingan Amerika Syarikat (AS) untuk terus membenarkan pelajar asing ke institusi tersebut.
Harvard menyifatkan arahan itu sebagai “balas dendam” dan menegaskan terus melindungi pelajar antarabangsanya.
Pengumuman Trump adalah lanjut pertikaian undang-undang yang berterusan dengan salah satu universiti paling berprestij di AS selepas Harvard enggan tunduk kepada beberapa siri tuntutan White House pada April.
Perintah yang dikeluarkan pada Rabu itu dibuat selepas hakim menghalang Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) daripada mengharamkan pelajar antarabangsa di Harvard dalam satu keputusan minggu lalu.
Sebelum ini, Trump menuduh menuduh Harvard membangunkan “keterlibatan yang meluas” dengan negara asing dan terus “menolak hak sivil pelajar dan fakultinya”.
“Memandangkan fakta ini, saya telah memutuskan keperluan untuk menyekat kemasukan warga asing ke Amerika Syarikat semata-mata atau terutamanya untuk menyertai kursus pengajian di Universiti Harvard,” katanya.
Perintah itu juga menggantung visa untuk pelajar antarabangsa yang mencari program pertukaran dan mengarahkan setiausaha negara untuk mempertimbangkan pembatalan visa sedia ada pelajar yang sedang belajar di universiti itu.
Penggantungan boleh dilanjutkan melebihi enam bulan.
Universiti terkaya di dunia telah terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan pentadbiran Trump selepas ia membekukan berbilion dolar pembiayaan persekutuan dan menuduh institusi itu gagal menghapuskan antisemitisme di kampus.
Bulan lalu, Setiausaha DH, Kristi Noem membatalkan pensijilan yang diperlukan Harvard untuk mendaftarkan pelajar asing di kampus, satu langkah yang disekat dengan pantas oleh hakim.
Seorang lagi hakim Persekutuan mengekalkan keputusan itu Khamis lalu berkata, beliau akan mengeluarkan penahanan jangka panjang, membolehkan pelajar antarabangsa menyambung pengajian di Harvard sementara pertikaian undang-undang berlaku.
Untuk tahun persekolahan 2024-2025, Harvard mendaftarkan hampir 7,000 pelajar asing, yang membentuk 27% daripada populasinya.
Minggu lalu, seorang pelajar China menyeru agar bersatu semasa majlis tamat pengajian universiti itu, hanya beberapa hari selepas Trump berikrar untuk “secara agresif” membatalkan visa pelajar China.
Dalam beberapa bulan lalu, pentadbiran Trump telah meningkatkan tindakan keras terhadap pendidikan tinggi di AS, menuduh universiti gagal menangani antisemitisme di tengah-tengah bantahan terhadap perang di Gaza di seluruh kampus.
Terdahulu pada hari Rabu, Rumah Putih mengancam untuk melucutkan akreditasi Universiti Columbia kerana dakwaan ia melanggar hak sivil pelajar Yahudi. – Agensi
















