Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO tidak marah ketika Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz keluar parti, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

“Nak marah apa? Seperti kata Zahid “eloklah keluar kalau tiada kesetiaan di dalam parti,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa.

Annuar sebelum itu memetik kenyataan Tengku Zafrul yang berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid kerana tidak marah dia keluar UMNO.

Menurut Mohd Puad, akar umbi akan marah kalau Tengku Zafrul tidak keluar atau dipecat.

“Samalah macam Annuar. Akar umbi akan marah jika dia tidak dipecat.

“Zafrul lagi baik dari Annuar. Zafrul keluar parti. Annuar pula tidak mahu keluar,” ujarnya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Annuar mahu jadi duri dalam daging.

Dakwa beliau, Annuar mahu tikam UMNO dari dalam dengan menjadi ejen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebab itu, katanya, akar umbi UMNO tepuk tangan bila Annuar dipecat.

Annuar yang marah apabila dipecat menyertai Pas.

“Jilat balik apa dia cerca pasal Pas,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast