PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kedah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 253.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam kejadian 7.24 malam itu, mangsa Shamsul Ishak, 58, yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengalami kecederaan termasuk lebam dan calar pada bahagian rusuk kiri.

“Siasatan lanjut mendapati setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi pembahagi jalan hingga tercampak. Mangsa yang cedera parah telah dibawa dengan menaiki ambulans ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Kemudian pada 9.24 malam, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital itu,” katanya.

Noor Hisam berkata, mangsa didapati sedang bercuti dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alor Setar, Kedah selepas berjumpa dengan rakan-rakannya di serata negeri.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast