Azizan Abd Aziz

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abd Aziz sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Beliau menggantikan Rosidah Baharom, yang melepaskan jawatannya selepas  berkhidmat selama 27 tahun.

Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad.

Dalam makluman kepada bursa, Bank Islam mengesahkan peletakan jawatan oleh Azizan untuk meneroka peluang kerjayanya.

Bursa dalam kenyataannya berkata, Azizan pernah memegang jawatan sebagai Rakan Kongsi Penggabungan dan Pemerolehan di Deloitte Southeast Asia Ltd.; dan Bahagian Perkhidmatan Kewangan KPMG di United Kingdom dan Malaysia.

Azizan memegang ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari Universiti Plymouth, United Kingdom dan merupakan seorang Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Bertauliah (ACCA).

Dalam kenyataan itu, Bursa Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada  Rosidah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast