KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berharap kaedah perlantikan ketua-ketua kampung di Johor dikaji semula dan dirombak.
Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, sepatutnya prestasi kerja seseorang jadi kayu ukur utama, selari dengan prinsip “Maju Johor”.
Menurutnya, adalah memalukan apabila individu yang malas dan tidak komited dikekalkan tetapi yang rajin dan berprestasi digugurkan.
Tegasnya, amalan melantik ketua kampung ikut selera Ketua Bahagian sudah lapuk dan wajar dihentikan.
Sebaik-baiknya, tubuhkan jawatan kuasa khas yang melibatkan pelbagai pihak agar ketua kampung yang komited sahaja terpilih, ujarnya. – MalaysiaGazette















