Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik lebuh raya utama di seluruh negara pada pagi Aidiladha dilaporkan lancar dan terkawal meskipun terdapat sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 atau LLM 1-800-88-7752 serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu di Kelantan, aliran trafik di dua pintu sempadan negeri iaitu melalui Pahang di Gua Musang-Kuala Lipis dan Terengganu menerusi jalan Pasir Puteh, juga lancar setakat 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di pintu sempadan Kelantan-Terengganu itu lancar dengan pergerakan kenderaan seperti biasa. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast