KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai 2025.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan kenaikan pangkat melibatkan Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman. SAC Datuk Yusni Mohd Jamil yang memangku pangkat DCP.
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari pula dilantik Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat DCP,
Ketua Polis Pahang, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak. Beliau akan memangku pangkat SAC.
ACP Nasri Jamaluddin yang kini Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang dilantik Penolong Pengarah E6B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Penolong Pengarah Risikan.Operasi Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Zulkiflee Rashid pula bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisian Am), jabatan sama dengan memangku pangkat SAC.
Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka, Supritendan Mohamad Rusli Mat pula dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku pangkat ACP.
Manakala jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang dipegang oleh Supritendan Noor Azman Amardin dengan memangku pangkat ACP.
Pegawai Turus E1, Cawangan Khas Sabah, Supritendan Mohd Azizul Rosun Khan akan memangku pangkat ACP sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan Koordinasi Sabah.
Supritendan Wan Zulfadli Wan Mustafa yang kini menjawat jawatan Ketua Unit Saraan/Gaji Cawangan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman diantil Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) di Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman. Beliau akan memangku pangkat ACP.
Sementara itu, Supritendan Mohd Razali Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilantik Penolong Pengarah Bantuan Teknik di jabatan sama dan memangku pangkat ACP.
Supritendan Ernawati Abdul Wahab pula berpindah sebagai Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.
Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Sarawak pula bakal diterajui oleh Supritendan Shahrulnizam Ahmad dengan memangku pangkat ACP.
Jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kedah akan dipegang oleh Supritendan Md Kamarul Rafiz Kamaruddin dan memangku pangkat ACP.
Supritendan Gabriel Anak Risut akan memangku pangkat ACP sebagao Penolong Pengarah Narkotik di Bukit Aman.
Jawatan Timbalan Ketua Cawangan Perisikan dan Operasi Perak akan dipegang oleh Supritendan Sugemin Zainol dengan memangku pangkat ACP.
Supritendan Ng Kai Seng pula sebagai ACP SLO Beijing, China.
Manakala Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Sabarudin Rahman akan memangku pangkat ACP sebagai ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah. –
– MalaysiaGazette














