Foto: IPD Kampar

IPOH – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat melanggar seekor anjing yang melintas di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Kampar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku pada 7.35 pagi semasa mangsa Mohd Safaril Mohamed Anuar, 42, dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata kemalangan menyebabkan bahagian depan dan kiri motosikal Honda EX5 mangsa rosak.

Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast