KUALA LUMPUR – Seramai 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seorang kelindan bas disahkan maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, 13 orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital.
Mereka yang meninggal dunia terdiri 10 perempuan dan lima lelaki.
Sehingga berita ini di tulis, identiti mereka belum diperoleh.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik
Setakat jam 9.30 pagi tadi, seramai 29 mangsa mangsa yang cedera dirawat di Hospital Gerik, 44 di Hospital Baling. – MalaysiaGazette
Sekurang-kurang 13 maut, 31 cedera bas UPSI berlanggar dengan kereta















