Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor memantau perkembangan tragedi  jalan raya yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekiranya ada membabitkan mahasiswa dari negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Menerima khabar duka tragedi kemalangan melibatkan mahasiswa UPSI. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan Negeri sedang memantau keadaan semasa terutama sekiranya ada mahasiswa negeri yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan dengan  Produa Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik menyebabkan bas berkenaan terbalik.

Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Kemalangan itu menyebabkan 15 orang maut. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast