Seorang pemandu trak pikap Toyota Hilux diburu polis selepas melanggar lelaki sedang berjoging di Batu 3, Jalan Apas, Tawau, Sabah awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa berusia 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Besar Tawau.














