Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – PKR dijangka tidak akan mewujudkan pilihan raya kecil untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memasuki kerajaan negeri Selangor.

Memetik pemimpin akar umbi, China Press melaporkan, memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan dalam kira-kira setahun, PKR lebih cenderung untuk meletak beliau bertanding di kawasan Parlimen di Selangor.

Antara kerusi yang disebutkan ialah Ampang, yang kini disandang Rodziah Ismail.

PKR tidak boleh mewujudkan pilihan raya kecil sewenang-wenangnya kerana langkah sedemikian mungkin tidak akan mendapat sokongan daripada parti-parti komponen PH.

Tempoh senator Tengku Zafrul akan tamat pada Disember, menandakan beliau perlu melepaskan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang dipegangnya.

Ditambah dengan dua menteri PKR yang telah meletak jawatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim justeru perlu mengisi sehingga tiga jawatan menteri, menandakan rombakan Kabinet lebih mendesak berbanding keadaan dalam kerajaan negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, pelbagai perkembangan dalam PKR, termasuk perletakan jawatan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, serta penyertaan Tengku Zafrul, merumitkan keadaan dalaman parti.

Di sebalik usaha membentuk Nurul Izzah Anwar sebagai pemimpin seterusnya, PKR masih dibelenggu oleh faktor kem yang kompleks, yang akan mempengaruhi pencaturan parti di peringkat pusat dan Selangor.

Penyertaan Tengku Zafrul juga meningkatkan persaingan untuk jawatan menteri antara pemimpin PKR,

“Nurul Izzah enggan menerima pelantikan sebagai menteri manakala Datuk Seri Amirudin Shari juga tidak berhasrat berpindah ke peringkat Persekutuan pada masa ini.

“Semua orang melengahkan pergerakan masing-masing, keadaan ini sebenarnya menyebabkan hala tuju orang lain juga terhalang,” kata sumber yang kurang optimis bahawa rundingan antara kem dapat menyelesaikan kemelut dalam masa singkat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.