Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR – Perbuatan beberapa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan yang melepaskan individu positif dadah semasa operasi serbuan  dijalankan di Kampung Felda LBJ, Labu, Negeri Sembilan pada 8 Mac 2023 telah dirujuk kepada pendakwa raya.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang menyiasat aduan berhubung perkara itu berkata, tindakan tersebut dibuat menurut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.

Selain itu, pegawai-pegawai AADK terlibat dikemukakan kepada pihak berkuasa tatatertib dengan syor hukuman tatatertib menurut subperenggan 30(1)(b) Akta 700.

EAIC berkata, siasatan yang dijalankannya mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Menerusi siasatan yang dibuat terdapat keterangan menunjukkan beberapa individu positif dadah semasa serbuan tersebut telah dilepaskan, yang mana perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah seksyen 221 Kanun Keseksaan.

Malah, beberapa orang pegawai AADK didapati tidak mematuhi prosedur operasi
standard AADK yang berkaitan semasa melaksanakan operasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast