Api marak memusnahkan bangunan blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras dalam kebakaran pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah blok bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras di sini musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras bersama dua unit tangki air dan satu unit EMRS digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail dan beberapa bilik lain.

“Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 44 anggota terbabit dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada puku 5.55 pagi.

Tiada mangsa cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast