FAM mendakwa pemain “memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu" adalah tidak berasas. Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mendapat tonik awal selepas lima pemain berdarah warisan baharu mereka boleh diturunkan untuk berdepan Vietnam bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan kelima-lima pemain berdarah kacukan yang diperkenalkan pada kem latihan pusat kali ini sudah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Dengan ini Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi itu,” kata FAM.

Kelulusan yang diberikan FIFA ini sekali gus dapat menutup spekulasi yang ditimbulkan selepas ada pihak yang mendakwa kelompok pemain ini tidak memiliki salasilah yang berkaitan dengan Malaysia.

Sebelum ini, langkah FAM mengumumkan kehadiran tiga pemain kelahiran Argentina, seorang pemain berketurunan Sepanyol dan seorang pemain kelahiran Brazil untuk memperkuat skuad Harimau Malaya menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong Asia Tenggara.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast