Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap penahanan kru kapal flotila Madleen, yang sedang melaksanakan misi kemanusiaan secara aman menuju ke Gaza.

Kementerian Luar Negeri berkata, tindakan memintas dan mengganggu kru flotila tersebut jelas menunjukkan tindakan yang disengajakan dan kejam bagi menghalang bantuan kemanusiaan yang akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang paling terjejas — termasuk kanak-kanak, wanita, dan warga emas.

“Sekatan ke atas Gaza merupakan satu bentuk kezaliman yang keji dan tidak dapat diterima oleh nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Malaysia menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa tidak
boleh berdiam diri dan wajar bersatu menentang tindakan yang melanggar prinsip keadilan, maruah, dan hak asasi manusia ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, Malaysia sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera mendesak rejim zionis Israel menghentikan sekatan kejam tersebut dan membenarkan

Misi berkenaan bertujuan untuk membuka laluan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza, yang terus dizalimi akibat sekatan tidak berperikemanusiaan yang dikenakan oleh rejim zionis Israel, sehingga menyebabkan kebuluran secara besar-besaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast