KUALA LUMPUR – Bank Dunia meramalkan ekonomi global akan menyaksikan pertumbuhan paling perlahan dalam dekad sejak 1960-an apabila kesan tarif yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump dirasai.
Menurunya, ramalan pertumbuhan hampir dua pertiga negara di dunia telah dipotong selepas disemak semula selepas unjuran yang dibuat enam bulan lalu.
Bank itu meramalkan pertumbuhan global hanya 2.3% pada 2025, iaitu 0.4% lebih rendah daripada ramalan pada Januari dan 2.6% untuk 2027.
Unjuran pertumbuhan untu Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) adalah antara yang diturunkan dalam laporan dua kali setahun bank itu.
Ramalan pertumbuhan terakhir bank itu pada bulan Januari dibuat sebelum Trump memegang jawatan.
Pengenalan tarif 10% sejagat bagi semua import ke AS, serta tarif yang lebih tinggi ke atas keluli dan aluminium, menyebabkan pasaran kewangan menjunam pada awal April.
Keputusan perdagangan mendapati sebahagian besar tarif globalnya adalah menyalahi undang-undang pada bulan Mei, walaupun pentadbiran Trump memenangi rayuan untuk mengekalkannya buat masa ini.
Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhannya untuk AS pada 2025 dan 2026, kerana ketegangan perdagangan yang semakin memuncak yang menjejaskan keyakinan pelabur serta penggunaan swasta.
Bagaimanapun, ia tidak menurunkan pertumbuhan China yang menjadi pesaing kepada AS.
Ia kerana, menurut bank itu, China mempunyai kestabilan kewangan yang mencukupi untuk mengharungi “kekuatan besar” daripada ketidaktentuan politik global.
“Berlatarbelakangkan ketidakpastian dasar yang semakin meningkat dan halangan perdagangan yang meningkat, konteks ekonomi global menjadi lebih mencabar,” kata laporan itu, sambil menambah lebih banyak “ketidakpastian dasar yang melemahkan sentimen” akan datang kerana potensi untuk “perubahan pantas selanjutnya” dalam langkah menyekat perdagangan oleh negara.
Bank itu berkata, akan terdapat pengurangan selanjutnya dalam pertumbuhan jika AS menaikkan tarif, dan memberi amaran tentang peningkatan inflasi.
Tarif boleh membawa kepada “perdagangan global meningkat pada separuh kedua tahun ini, disertai dengan kejatuhan meluas dalam keyakinan, ketidaktentuan yang melonjak dan kegawatan dalam pasaran kewangan,” kata laporan itu.
Walau bagaimanapun, ia tidak meramalkan kemelesetan global, mengatakan kemungkinannya kurang daripada 10%.
Laporan itu dibuat selepas Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) turut menurunkan taraf prospek ekonomi dunia.
Ia berkata, pertumbuhan global kini dijangka perlahan kepada 2.9% “sederhana”, turun daripada ramalan sebelumnya sebanyak 3.1%. – Agensi
















