KUALA LUMPUR – Pelakon popular era 80-an, Raja Ema dalam Facebook mencetuskan persoalan ramai selepas hantaran dipercayai dibuatnya mengulas kenyataan isteri bekas suaminya, Sheqal yang meminta anak-anak hasil perkahwinan mereka melawat ayahnya yang kini sedang sakit.
Menerusi hantarannya, Raja Ema atau nama sebenarnya, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, meminta agar merujuk sesuatu perkara dengan ibu saudaranya yang juga pelakon, Sukarni Jaafar.
“Kekma (saya) ini walau dah usia macam ini masih ada family lagi… Masih ada Bonda Hajjah Sukarni… Walau apa-apa tak boleh suka-suka… Biar beradab, lebih lagi hal family.. Jangan lupa adab…,” tulisnya.
Semalam media melaporkan isteri Sheqal, Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema agar melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.
Menurutnya, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi sejak berkahwin dengan penyanyi terbabit 25 tahun lalu.
Menurutnya, dia bercakap dengan suaminya akan menemukan dia dengan anak-anaknya dalam situasi Sheqal sedang koma.
Sementara itu, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah.
Pasangan itu bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan. – MalaysiaGazette
















