KUALA LUMPUR – Malaysia meluluskan sejumlah RMRM89.8 bilion pelaburan pada suku pertama tahun ini, kenaikan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan dengan cabaran dan kedudukan ekonomi global yang kurang memberangsangkan.
Kelulusan ini melibatkan 1,556 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang bakal menjana lebih 33,300 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia.
Pelaburan asing (FI) mendominasi landskap pelaburan, menyumbang RM60.4
bilion atau 67.3% daripada jumlah pelaburan, manakala pelaburan domestik (DI) menyumbang RM29.4 bilion atau 32.7%.
MIDA berkata, Singapura menjadi mendahului pelabur asing dengan jumlah pelaburan sebanyak RM28.3 billion, diikuti Amerika Syarikat (RM9.9 billion), China (RM7.9 billion), British Virgin Islands (RM6.6 billion) dan Taiwan (RM1.7 billion).
Manakala Johor pula merekodkan nilai tertinggi pelaburan yang diluluskan iaitu RM30.1 bilion, Kuala Lumpur (RM15 bilion), Sabah (RM10.9 bilion), Selangor (RM10.2 bilion) dan Pulau Pinang (RM9.2 bilion).
Sektor pembuatan Malaysia memperoleh RM30.5 bilion dalam pelaburan yang diluluskan untuk suku pertama 2025.
Kelulusan 207 projek dijangka menghasilkan 18,317 peluang pekerjaan baharu.
Katanya, FDI menyumbang RM25.5 bilion atau 83.8% daripada jumlah yang diluluskanpelaburan dalam sektor pembuatan.
DI pula menyumbang RM5.0 bilion atau mewakili 16.2% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pembuatan sektor.
Buat pertama kalinya, subsektor produk logam asas memperoleh RM8.9 bilion dalam pelaburan yang diluluskan.
Subsektor ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan rantaian bekalan, terutamanya sebagai input untuk besi huluan dan produk keluli dan dalam menyokong industri penting seperti kenderaan elektrik (EV), kenderaan cekap tenaga (EEV), dan sistem tenaga solar.
Penyumbang kukuh lain termasuk elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak RM8.6 bilion; kimia dan produk kimia RM4.2 bilion; produk logam fabrikasi RM2.3 bilion serta jentera dan peralatan: RM1.4 bilion. – MalaysiaGazette















