Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA UMPUR – Perselisihan faham sewaktu proses pembayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka punca dua lelaki bertengkar seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Ahad lalu yang mana pergaduhan berlaku antara dua lelaki warga tempatan dan asing.

“IPD Petaling Jaya telah terkesan satu video yang tular di laman sosial melibatkan kejadian pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pasaraya di dalam daerah Petaling Jaya

“Hasil siasatan lanjut, pihak polis mendapatkan keterangan kedua-dua pihak terlibat,” katanya menerusi kenyataan.

Susulan itu menurut beliau, pihaknya membuka kertas siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksten 323 Kanun Keseksaan.

“Kertas Siasatan dalam proses dilengkapkan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.

“Polis ingin menasihatkan kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah atau orang yang mencurigakan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast