Walaupun dokumen hibah telah disediakan dan akad dilakukan, masyarakat perlu sedar bahawa proses pengurusan harta pusaka tetap memerlukan pengesahan mahkamah sivil seperti surat kuasa mentadbir atau grant of probate.
Penjelasan juga diberikan mengenai isu teknikal dalam kes viral hibah takaful yang terbatal, yang hanya melibatkan aspek manfaat takaful di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Wasiah menyeru agar masyarakat memberi ruang kepada proses perundangan berlangsung sepenuhnya dan menjangka permintaan terhadap perkhidmatan pengurusan pusaka seperti al-wasitah akan meningkat susulan kekeliruan yang timbul.















