Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Prameswaran ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Program Cybersafe In Schools di SJK (T) Thamboosamy Pillai,di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Satu dasar yang jelas perlu ditubuhkan berhubung penggunaan media sosial oleh guru bagi mengelak penyalahgunaan dan menjaga reputasi baik sekolah serta pelajar.

Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Prameswaran berkata, meskipun media sosial boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan aktiviti sekolah namun terdapat insiden di mana guru menyalahgunakannya dengan memuat naik video pelajar tanpa kebenaran.

“Daripada segi positifnya, ada cikgu yang telah menggunakan media sosial bagi tujuan promosi sekolah dan aktiviti pelajar namun tidak dinafikan ada sisi negatifnya.

“Cikgu yang merakam para pelajar sepatutnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu atau boleh disaman ibu bapa,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Program Cybersafe In Schools di SJK (T) Thamboosamy Pillai hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) itu berkata, penggunaan gajet elektronik untuk merekod apa-apa aktiviti ataupun benda buruk di dalam sekolah perlu dikurangkan.

“Hal ini kerana ia boleh merosakkan reputasi individu atau organisasi itu sendiri. Sebelum ini pernah banyak kali berlaku.

“Oleh itu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlulah memainkan peranan penting untuk meletakkan satu garis panduan supaya benda ini tidak lagi berlaku.

“Peraturan itu perlulah tetap dan sama rata bagi semua untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku semula,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast