Gangguan seksual. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Keselamatan kanak-kanak adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar dan negara tidak boleh terus berdiam diri apabila pemangsa seksual bebas beroperasi secara bebabs dalam talian.

Nasib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Dobby Chew berkata demikian selepas satu kumpulan Facebook berunsur pedofilia baru-baru ini berjaya dibongkar dan ditutup oleh orang awam.

Namun menurutnya, tindakan pantas daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih belum kelihatan.

“Hakikat di mana kumpulan itu boleh beroperasi secara terbuka di atas talian mencerminkan kegagalan serius dalam pengawasan kandungan digital.

“Lebih membimbangkan apabila aplikasi seperti Telegram, WhatsApp, WeChat dan Messenger kini menjadi medan utama pemangsa untuk memancing, pengantunan seksual (sexual grooming) dan mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut kecewa kerana tindakan tidak seimbang pihak berkuasa yang didakwanya lebih pantas bertindak ke atas kandungan sindiran politik berbanding eksploitasi seksual kanak-kanak.

Sedangkan statistik terkini telah merekodkan sebanyak 1,567 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan pada tahun 2023, meningkat lebih 26 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, kajian UNICEF juga mendedahkan lebih 100,000 kanak-kanak di Malaysia pernah menjadi mangsa eksploitasi seksual dalam talian.

“Kalau kita terus diam dan bertindak lambat, berapa ramai lagi anak yang akan jadi mangsa? Negara tidak boleh tunduk kepada keheningan apabila nyawa dan masa depan anak-anak dipertaruhkan.

“Oleh itu, kami menunutut agar siasatan segera dibuka, suspek dikenal pasti dan pendakwaan dilakukan tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Dobby juga menghargai rakyat Malaysia yang proaktif melapor dan menekan kumpulan pedofilia terbabit sehingga ia ditutup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast