KUANTAN – Semua masjid di seluruh Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib kepada 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas baru-baru ini.
Mufti Negeri Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim, solat jenazah ghaib akan diadakan pada malam ini sebagai menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dr. Asmadi berkata majlis solat sunat dan bacaan Yassin serta tahlil tersebut juga bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mangsa terlibat serta kemakmuran Pahang.
“Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang mengumumkan bahawa semua masjid di negeri Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib mangsa kemalangan bas (terhadap pelajar UPSI), dan bacaan yasin dan tahlil pada hari Khamis, 12 Jun 2025, selepas solat maghrib (malam Jumaat),” katanya menerusi kenyataan hari ini.
“Semoga kita sama-sama mendoakan dalam majlis tersebut kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat, dan mendokan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya menerusi kenyataan pada semalam. – MalaysiaGazette
















