[Gambar Fail] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2023.

MELAKA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata jika boleh beliau mahu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai semula Kabinetnya.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti yang diadakan secara tertutup di sini semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast