KUALA LUMPUR – Seorang remaja warga Myanmar, Rabiah Busuri dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Tengah, Batu 13, Jalang Klang, Puchong sejak Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata, remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan kali terakhir berada di rumahnya pada 10 malam pada 8 Jun lalu.
Remaja itu memiliki ketinggian 150 sentimeter (cm), mempunyai berat 35 kilogram (kg), berkulit putih, mata berwarna coklat dan berambut panjang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 722 atau 03-7862 7100. – MalaysiaGazette
















