TEHRAN – Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilapor telah dibawa ke lokasi yang tidak diketahui, mungkin Greece, berikutan serangan rejim zionis itu ke atas Iran.
Media Israel sebelum ini menyiarkan imej pesawat Netanyahu, diiringi oleh dua jet, dalam perjalanan ke lokasi yang tidak diketahui di luar wilayah yang diduduki.
Saluran 12 Israel kemudian memaklumkan pesawat itu telah mendarat di Athens.
Rejim Israel memulakan siri serangan tentera di dalam dan berhampiran ibu negara Iran, Tehran, serta bandar-bandar Iran lain semalaman pada hari Jumaat.
Pengerusi Ketua Staf Angkatan Bersenjata Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri, Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mejar Jeneral Hossein Salami, dan Komander Markas Khatam al-Anbia Mejar Jeneral Gholamali Rashid adalah antara pemimpin tertinggi yang dibunuh dalam serangan yang disasarkan. – Agensi
















