KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) semasa proses merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri, semalam.
Suruhanjaya itu menjelaskan, pasukan ACTS digunakan dalam proses penggeledahan kerana Tan Sri berkenaan disyaki menyimpan senjata-senjata di dalam sebuah bilik rahsia di kediamannya di Bandar Tasik Selatan, Cheras
“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang-barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang di kediaman individu ini.
“Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,” menurut kenyataan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN
Dalam pada itu, SPRM turut mengumumkan kejayaan menyita beberapa barangan mewah seperti beg mewah; jam tangan berjenama; jongkong, syiling dan patung emas; berlian serta barangan kemas, semalam.

Katanya, ia merangkumi 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta; juga berlian serta barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta.
Selain itu, tambahnya, satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 juga telah disita.

SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang merupakan tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan semalam berjumlah kira-kira RM16 juta. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan akan dilakukan.
Sehubungan itu, Azam memberitahu proses rakaman keterangan individu tersebut akan ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit. -MalaysiaGazette

















Kaya, kaya, kaya ..Pak cik kaya… Astaghfirullah