Pesawat F-35

ISTANBUL – Pasukan Pertahanan Udara Tentera Republik Islam Iran mengesahkan berjaya menembak jatuh dan memusnahkan dua jet F-35 Israel dan sejumlah besar kenderaan udara mikro rejim itu.

Manakala berita Tasnim pula melaporkan, juruterbang wanita Israel telah ditahan.

Sebagai tindak balas, jurucakap tentera Israel Lt. Kol. Avichay Adraee menafikan laporan itu, dan menyifatkan kenyataan Iran “tidak berasas sama sekali” dan menuduh media Iran mereka-reka maklumat.

Sementara itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Iran mengeluarkan NOTAM (Notis kepada Misi Udara), mengumumkan  ruang udara negara itu akan ditutup kepada semua penerbangan sehingga 2 petang waktu tempatan pada hari Sabtu, menurut agensi berita negara IRNA. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast