Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengkritik pendirian provokatif negara-negara Eropah terhadap negaranya dan menolak gesaan untuk ‘bertenang’.

Malah beliau memberi amaran terhadap kesan dengan meneruskan dasar seperti itu selain mengutuk pencerobohan yang dilakukan Israel.

Beliau menyatakan demikian ketika membuat panggilan kepada rakan sejawatnya di Britain, Australia dan India semasa membincangkan keganasan Israel terhadap Iran.

Araghchi yang tegas menolak gesaan Barat yang mahukan Iran menunjukkan sifat bertenang menyifatkan permintaan itu sebagai tidak boleh diterima dan memberi amaran Iran akan melakukan ‘tindak balas kemusnahan’ kepada sebarang ancaman terhadap keselamatan negara itu.

Menteri Luar itu turutmemberi amaran akibat yang akan ditanggung jika Barat meneruskan dasar semasa dan menggesa masyarakat antarabangsa menyatakan pendirian yang jelas dalam mengutuk pencerobohan Israel terhadap Iran, sebarang serangan akan menyebabkan kematian pemimpin dan pegawai tentera, saintis nuklear dan orang awam.

Walaupun skala besar pencerobohan ke atas Iran dan pembunuhan berpuluh-puluh warganya, termasuk wanita dan kanak-kanak, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen, mengulangi pendirian bahawa Israel berhak untuk mempertahankan diri dan melindungi penduduknya.

Von Der Leyen yang berbincang dengan Presiden Isaac Hergoz menggesa semua phak bertenang dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan.

Sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas lokasi ketenteraan dan tapak loji nuklear, Iran melancarkan lebh 200 peluru berpandu dalam tiga peringkat menerusi Operation True Promise III, semalam.

Media Israel melaporkan kira-kira 150 peluru berpandu dilancarkan dari Esfahan, Iran ke arah Israel.

Laporan awal menyatakan peluru berpandu megnenai Kementerian Keselamatan di Tel Aviv menyebabkan kebakaran besar. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast