TEHRAN – Serangan Iran terhadap Israel akan diteruskan tanpa henti menurut kenyataan beberapa pegawai kanan tentera Iran tanpa memetik nama oleh media tempatan di negara ini.
Menurut agensi berita Fars, konfrontasi itu tidak berhenti dengan terhad malam tadi oleh Iran.
“Serangan Iran akan berterusan dan ia akan menjadi tindakan yang amat menyakitkan dan dikesali oleh pihak penceroboh,” lapor agensi itu.
Iran dan Israel saling melancarkan serangan peluru berpandu dan serangan udara sepanjang malam susulan serangan udara terbesar pernah dilancarkan Israel terhadap musuh lamanya itu awal pagi Jumaat.
Sementara itu, seorang anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Risheq berkata, tindak balas tegas Iran terhadap Israel membuktikan bahawa tiada keangkuhan yang tidak mendapat jawapan, tiada pencerobohan yang tidak dihukum.
“Puluhan peluru berpandu dan dron berketepatan tinggi telah berjaya mengenai sasaran mereka jauh di dalam wilayah entiti tersebut, walaupun dengan segala kemegahan sistem pertahanan Israel.
“Isyarat daripada serangan balas ini jelas: sesiapa yang menyerang, akan membayar harganya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi saluran rasmi Telegram Hamas. – Agensi
















