OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menyatakan sokongan terhadap tindakan Israel ‘mempertahankan berhubung peningkatan ketegangan di Asia Barat.
Agensi berita melaporkan Carney menyatakan bahawa sejak sekian lama nuklear Iran menjadi kebimbangan dan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel mengancam keamanan serantau.
Katanya, beliau telah meminta Majlis Keselamatan negaranya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi tersebut.
“Kanada mengulangi pendirian bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan menjamin keselamatannya.
“Kami menyeru semua pihak agar menunjukkan tahap kawalan maksimum dan mencari penyelesaian melalui saluran diplomatik,” tulisnya di platform X.
Namun pada masa sama, kenyataan itu mendapat kritikan keras daripada kumpulan hak asasi, Canadians for Justice and Peace in the Middle East yang menyifatkannya sebagai tindakan memalukan.
“Kenyataan itu jelas menunjukkan Kanada menyokong serangan Israel ke atas Iran yang tidak bersebab, satu pelanggaran nyata terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan satu jenayah pencerobohan.
“Daripada menggesa henti ketegangan, Carney sebaliknya menyokong kepimpinan genosid Israel yang hanya akan menyeret rantau itu ke dalam kehancuran,” kata kumpulan tersebut. -MalaysiaGazette
















