TEL AVIV- Sekurang-kurangnya 13 rakyat Israel disahkan maut dan lebih 370 cedera manakala sejumlah lagi masih hilang akibat serangan balas Israel.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, operasi yang dilancarkan Israel ketika ini adalah untuk menghentikan pembangunan bom nuklear oleh Iran.
“Bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya Iran memiliki senjata nuklear?” katanya.
Sejak tiga hari lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran menyasarkan Kementerian Pertahanan Iran dan kemudahan pengeluaran minyak.
Ia menyebabkan Iran melancarkan serangan balas dengan melepaskan lebih 100 peluru berpandu dalam dua gelombang serangan dengan menyasarkan bandar pelabuhan Israel, Haifa, Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Rehovot.
Dalam kenyataan terbaharunya, pasukan tentera Israel (IDF) memaklumkan, mereka mengesan lebih banyak peluru berpandu dilancarkan Iran pada Ahad, sekali gus memberi amaran kepada rakyat mereka di seluruh negara untuk pergi ke kawasan perlindungan.
Katanya, sistem pertahanan Israel digunakan untuk memintas ancaman tersebut.
















