TEHRAN – Dua lelaki yang merupakan ejen agensi perisikan Israel, Mossad ditahan di daerah Savojbolagh, wilayah Alborz yang terletak di utara Iran.
Menurut polis, penahanan dibuat unit risikan polis wilayah Alborz. Kedua-dua suspek beroperasi di sebuah rumah rahsia (safe house) di mana mereka menghasilkan bom, bahan-bahan peledak, jerangkap samar dan peralatan elektronik.
Butiran lanjut serta pengakuan tahanan akan didedahkan tidak lama lagi.
Tambahnya, operasi berkenaan merupakan usaha berterusan Iran bagi mengekang ancaman risikan asing di sempadan negara. -IRNA
















