Jet pejuang F-35 (Gambar hiasan). foto Twitter

TEHRAN – Iran dilaporkan berjaya menembak jatuh pesawat pejuang, F-35, milik Israel dan menangkap seorang juruterbang wanita pada petang Jumaat.

Pesawat tersebut dikatakan ditembak oleh sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara (SAM) jarak jauh, Bavar-373, yang direka untuk berhadapan dengan pesawat, peluru berpandu dan peluru berpandu balistik.

Ia menjadikan Iran sebagai negara pertama berjaya menembak jatuh pesawat stealth generasi kelima jika laporan tersebut sahih.

Terdahulu, tentera Iran mengesahkan ia menyasarkan sebuah pesawat F-35 Israel di barat negara itu dan juruterbangnya berjaya menyelamat diri dengan menggunakan kerusi anjal

Menurut agensi berita Iranian News Agency (IRNA), nasib juuterbang masih tidak diketahui dan siasatan dijalankan.

Bagaimananpun, pegawai Israel menafikan laporan bahawa dua pesawat perangnya ditembak jatuh dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.

Bercakap kepada agensi berita asing AFP, pegawai yang enggan dikenali memberitahu: “Laporan semasa dua pesawat perang Israel ditembak jatuh adalah palsu,”.

Sementara itu Israel meneruskan kempen ketenteraannya ke atas Iran semalam.

Rangkaian televisyen Iran melaporkan bahawa tentera negara itu berjaya menembak dron yang menceroboh ruang udara di kawasan sempadan, Sakmas.

Sumber berkata, dron tersebut memasuki ruang udara Iran dengan misi mengintip. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast