This picture shows a building damaged in an Israeli strike on Tehran on June 13, 2025.. Photo AFP

TEHRAN – Israel menggesa pentadbiran Presiden Donald Trump menyertai peperangan negara itu ke atas Iran untuk menyingkirkan program nuklear Tehran.

Gesaan sejak 24 jam lalu itu dilakukan kerana Israel kekurangan keupayaan ketenteraan seperti pesawat pengebom untuk memusnahkan kemudahan pengayaan uranium Fordow milik Iran.

Walaupun digesa berulang kali oleh rejim Zionis, setakat ini pentadbiran Trump enggan terlibat secara langsung, kekal dengan pendirian Iran tidak mempunyai alasan yang sah untuk bertindak balas terhadap sasaran AS untuk operasi yang diketuai Israel.

Para pegawai memberi amaran sebarang serangan yang dilakukan AS ke atas wilayah Iran akan mengheret negara itu ke kancah peperangan berskala besar.

Seorang pegawai Israel memberitahu Axios bahawa Trump mungkin mencadangkan kesanggupan untuk menyertai misi itu semasa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat panggilan kepadanya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai White House menafikan dakwaan tersebut dan seorang lagi pegawai mengesahkan Israel mendesak penyertaan AS namun berkata, pentadbiran Trump ketika ini tidak mempertimbangkannya.

Seorang pegawai AS menegaskan bahawa penyelesaian secara aman masih boleh dicapai jika Iran sanggup terlibat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast