Tujuh juta kanak-kanak Afrika bawah lima tahun diancam kebuluran- Unicef

GENEVA – Kebuluran dijangka semakin memburuk di 13 negara dan wilayah dalam beberapa bulan akan datang, dengan lima daripadanya berdepan risiko kebuluran serta-merta, menurut laporan terbaharu Hunger Hotspots oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP).

Agensi-agensi tersebut memberi amaran penduduk di Sudan, Palestin, Sudan Selatan, Haiti dan Mali menghadapi “kelaparan melampau serta risiko kebuluran dan kematian dalam beberapa bulan akan datang melainkan terdapat tindakan kemanusiaan yang segera.”

“Komuniti-komuniti ini sama ada sudah berdepan kebuluran, berada dalam risiko kebuluran atau mengalami tahap ketidakamanan makanan akut yang sangat teruk,” menurut laporan itu, yang menyebut konflik semakin buruk, kejutan ekonomi, dan bencana alam sebagai punca utama, yang diburukkan lagi oleh kekangan akses dan kekurangan dana.

Ketua Pengarah FAO, Qu Dongyu menjelaskan kelaparan hari ini bukanlah ancaman jauh, – ia adalah kecemasan harian bagi berjuta-juta orang dan isu tersebut mesti ditangani sekarang, dan bertindak bersama, untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi mata pencarian.

Pengarah Eksekutif WFP, Cindy McCain pula memberi amaran bahaa aporan ini adalah isyarat merah.

“Kita tahu di mana kebuluran sedang meningkat dan siapa yang berisiko. Kita ada alat dan pengalaman untuk bertindak balas, tetapi tanpa dana dan akses, kita tidak dapat menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

Laporan itu turut menekankan keadaan yang semakin buruk di Gaza, apabila keseluruhan penduduk seramai 2.1 juta orang kini berdepan tahap ketidakamanan makanan yang teruk atau lebih buruk, serta di Sudan, dengan 637,000 orang menghadapi kebuluran kritikal.

Selain lima negara paling teruk terjejas, Yemen, Republik Demokratik Congo, Myanmar, dan Nigeria turut dikenal pasti sebagai titik panas dengan kebimbangan yang sangat tinggi.

Negara lain termasuk Burkina Faso, Chad, Somalia, dan Syria.

“Intervensi awal ialah menyelamatkan nyawa, mengurangkan jurang makanan, dan melindungi aset serta mata pencarian,” tegas laporan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast