Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah menahan seorang pengarah sebuah Jabatan Kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini disyaki menyalahgunakan kuasanya melabur saham kira-kira RM50 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020 hingga 2023 dengan melantik isterinya yang bekerja di sebuah bank sebagai agen pelaburan bagi pelaburan saham berjumlah kira-kira RM50 juta.

“Siasatan awal mendapati suspek juga dipercayai menggunakan dana wang awam dan juga wang amanah tanpa kelulusan pegawai pengawal kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka esok untuk tujuan permohonan reman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast