Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat Pengerusi SUHAKAM di Putrajaya. 16 Jun 2025. SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di pejabatnya, hari ini.

Menurut Anwar, mereka mengambil peluang tersebut untuk membincangkan pelbagai isu penting berkaitan hak asasi manusia yang memberi kesan langsung kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Ia meliputi pencapaian SUHAKAM serta cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk perubahan teknologi dan sosial yang menuntut pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu.

“Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi, contohnya, menimbulkan dimensi baharu dalam menjamin dan melindungi hak asasi manusia, justeru perhatian khusus juga perlu diberikan kepada hak asasi kanak-kanak yang semakin terdedah kepada risiko baharu.

“Saya berharap agar SUHAKAM kekal menjadi institusi yang berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan serta terus memainkan peranan penting dalam memperkasa agenda hak asasi yang seiring dengan harapan dan cita-cita negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast