Semua pelatih yang terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 diminta melapor diri selewat-lewaynya hari ini

KUANTAN – Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara bagi Siri 3/2025 bagi kelahiran tahun 2007 boleh membuat semakan esok, 17 Jun 2025, pada jam 10 pagi.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawan atau pautan sistem PLKN 3.0 di https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataannya memaklumkan, bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran pihak JLKN, para pelatih yang terpilih perlu membuat maklum balas kehadiran  selepas semakan melalui sistem PLKN 3.0 sehingga 11 Julai 2025.

PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula pada 7 September sehingga 21 Oktober 2025.

Siri akan datang ini melibatkan dua buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Regiment 515 (AW), Kuala Lumpur dan Regiment 505 (AW), Pekan Pahang.

Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sam: 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast