Friedrich Merz. foto Facebook

TORONTO – Canselor Jerman, Friedrich Merz, mengakui rejim Israel sedang melakukan “kerja kotor” bagi kuasa Barat melalui serangan terhadap Iran.

Merz membuat kenyataan tersebut dalam satu temu bual bersama penyiar televisyen awam Jerman, ZDF, di luar a mesyuarat G7 di Kanada pada Selasa, menurut laporan Deutsche Welle.

Beliau turut mengakui sifat tidak berperikemanusiaan dan serangan tidak sah oleh Israel daripada sudut undang-undang antarabangsa.

Merz turut merujuk kepada kegagalan Barat untuk membendung pengaruh Iran, sambil mendakwa serangan Israel berpotensi melemahkan struktur pemerintahan di negara itu.

Namun begitu, penganalisis berpendapat, dakwaan tersebut mencerminkan analisis Barat yang silap terhadap Iran serta ketabahan rakyatnya.

Jerman, sebagai antara penyokong utama rejim Israel, sebelum ini memberikan sokongan penuh kepada entiti penjajah itu dalam kes yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung dakwaan genosid di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast