Isu Privasi Berkait Kepentingan Awam, Bukan Soal Siapa Kerajaan Atau Siapa Pembangkang – Siew Mun

Selepas memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung dua video berkaitan isu pengumpulan data, individu ini menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan bukan bersifat politik, tetapi menyentuh kepentingan awam dan hak privasi rakyat Malaysia.

Beliau menyeru agar kerajaan lebih terbuka dalam menerima pandangan serta memperbaiki dasar sedia ada, bukannya mencari jalan untuk menyekat suara rakyat. Dalam suasana yang semakin membimbangkan, beliau mengajak semua rakyat Malaysia untuk mendoakan perjuangan mempertahankan kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast