KUALA LUMPUR – Nestlé Malaysia memperkenalkan biji koko tempatan ke pentas antarabangsa menerusi Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (Malaysian International Cocoa Fair (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Sebagai Penaja Platinum, Nestlé mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian dan inovasi dalam pelbagai produk berasaskan koko termasuk KitKat® Dark Borneo iaitu coklat yang menggunakan biji koko asli dari Sabah dan Sarawak.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Nestlé menyasarkan untuk memperoleh 10,000 tan metrik koko dari ladang-ladang tempatan menjelang tahun 2034, dalam usaha menggiatkan semula industri penanaman koko Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Tumpuan utama MICF ialah kerjasama Nestlé bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Menerusi Inisiatif Koko Borneo Nestlé (Nestlé Borneo Cocoa Initiative atau NBCI) yang dilancarkan pada tahun 2023 telah mengembangkan program Farmer Connect ke Malaysia Timur bagi melengkapkan petani tempatan dengan kaedah penanaman yang lebih baik.
NBCI menggalakkan pertanian regeneratif melalui agroforestri, penanaman sela dan pengurusan kesuburan tanah sekaligus meningkatkan hasil dan daya tahan ladang di samping melindungi ekosistem semula jadi.
KitKat® Dark Borneo yang dibangunkan melalui kerjasama itu melambangkan kepakaran Malaysia dalam penanaman koko, dihasilkan menggunakan biji koko tempatan yang memperkasakan tradisi dan warisan tanah air.
“Dengan eksport mencecah RM15 bilion pada tahun 2024, sektor pemprosesan koko Malaysia terus berkembang didorong terutamanya oleh penggunaan biji koko import.

“Namun pengeluaran koko tempatan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan ini menampilkan potensi besar bukan sahaja untuk pertumbuhan industri tetapi juga dapat meningkatkan taraf hidup komuniti petani khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai persekitaran yang amat sesuai untuk penanaman koko berkualiti tinggi.
Nestlé Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan bagi memperluaskan penanaman koko sambil mengekalkan piawaian kelestarian tertinggi, ketelusan rantaian bekalan dan pematuhan hak asasi manusia.
“Kami amat menghargai dan teruja untuk mengetengahkan dedikasi para petani di Borneo Utara melalui produk inovatif yang membawa keceriaan kepada rakyat Malaysia dan pengguna global seperti yang telah kami capai dengan KitKat® Dark Borneo – yang kini turut diperkenalkan dalam varian khas aiskrim,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, Carlota Casellas , mereka ingin mencipta sesuatu yang benar-benar menghargai warisan budaya Malaysia.
“Produk ini mengandungi 52% koko, memberikan keseimbangan sempurna antara cita rasa pekat dan tekstur yang lembut. Kami juga kini memperluaskan penggunaan koko tempatan ke kategori lain antaranya Aiskrim KitKat® Dark Borneo iaitu aiskrim wafer berlapis yang disaluti coklat gelap koko Borneo dan ditaburi serbuk wafer KitKat®,” katanua.
Semua produk KitKat® Dark dihasilkan di Kompleks Perindustrian Chembong milik Nestlé yang bersijil Halal di Negeri Sembilan, salah satu kilang konfeksi dan Ais Krim Nestlé yang terbesar di Asia.
Kemudahan itu berfungsi sebagai hab utama pengeluaran eksport yang membekalkan produk halal KitKat® ke pasaran ASEAN serta destinasi global lain. – MalaysiaGazette
















